Hutang, keganasan, keluarga disfungsi…
Ketika hampir putus harapan, Kiyoshi Oze yang bermasalah (lakonan Wataru Ichinose) menceburi dunia sumo sebagai ahli gusti yang dikenali dengan nama “Enno” dalam drama insani yang berani dan penuh ketegangan ini.

Meskipun sumo dikenali di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada budaya tradisional Jepun dan ritual keagamaan yang diwarisi selama lebih 1,500 tahun, dunia sukan ini masih penuh dengan rahsia. “Dohyo”, gelanggang perlawanan sumo merupakan “tempat suci” yang dibina berasaskan dunia yang unik ini.

Tidak bersemangat untuk berlatih, sering ponteng latihan dan melawan para senior yang lebih berpengalaman, Oze dianggap sebagai remaja yang gagal, namun dia mula mendalami dunia sumo secara perlahan-lahan. Drama insani ini mengisahkan Oze dan para pemuda dalam dunia sumo tatkala mereka bergelut untuk mencari tujuan hidup, termasuk Shimizu (lakonan Shota Sometani), yang menggemari sukan ini tetapi tidak mempunyai susuk tubuh yang ideal dan Kunishima (lakonan Shioli Kutsuna), seorang wartawan akhbar yang diturunkan ke bahagian yang membuat liputan tentang sumo.

Kisah tentang para pemuda bersemangat waja ini yang berjuang untuk meraih kemenangan mustahil di ambang kekalahan sambil mempertaruhkan nasib di “tempat suci” bakal bermula.

Siri Netflix “Sanctuary” akan ditayangkan mulai hari Khamis, 4 Mei 2023, hanya di Netflix!

#Netflix #WataruIchinose #ShotaSometani #ShioliKutsuna #Koyuki #PierreTaki #KanEguchi #TomokiKanazawa #Sanctuary

Melanggan di: https://bit.ly/39caHHE

Perihal Netflix:
Netflix merupakan salah satu perkhidmatan hiburan yang terulung di dunia dengan 231 juta keahlian berbayar di lebih 190 buah negara, menikmati siri TV, filem dan permainan yang menghiburkan merentasi pelbagai genre dan bahasa. Ahli boleh memainkan, menjeda dan meneruskan tontonan mengikut kemahuan mereka, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Mereka juga boleh menukar pelan mereka pada bila-bila masa.

MAG.MOE - The MAG, The MOE.